Tuesday, December 2, 2008

Kejadian ADAM ( menarik - Wallahualam )

Pada suatu ketika, Allah SWT menitahkan kepada malaikat Jibril supaya
turun ke bumi untuk mengambil sebahagian tanahnya untuk mencipta Adam.
Akan tetapi apabila beliau sampai ke bumi, bumi enggan membenarkan
tanahnya diambil untuk dijadikan Adam kerana bumi khuatir Adam akan
melakukan kemungkaran kepada Allah. Lalu Jibril kembali ke hadrat Allah
memberitahu bahawa ia tidak dapat berbuat apa-apa apabila mendengar
mendengar sumpah bumi.
Setelah itu, Allah memerintah malaikat Mikail. Jawapan bumi masih sama
lalu Allah memerintahkan malaikat Israfil dan jawapan bumi masih tidak
berganjak.Masing-masing kembali dengan jawapan yang hampa. Akhirnya, Allah
menyuruh malaikat Izrail turun ke bumi.
Kata Allah: "Hai Izrail! Engkaulah kini yang aku tugaskan mengambil
tanah. Meskipun bumi bersumpah-sumpah dengan ucapan, jangan engkau mundur.
Katakan bahawa kerjamu atas perintah dan atas namaKu." Apabila Izrail
turun ke bumi dan menyampaikan perintah Allah kepada bumi, maka akhirnya
bumi mengizinkan tanahnya diambil. Setelah Izrail mengambil beberapa jenis
tanah, kembalilah ia ke hadrat Allah.

Lalu Allah berfirman: "Ya Izrail, pertama engkau yang Ku tugaskan
mengambil tanah dan kemudian di belakang hari kelak akan ku tugaskan
engkau mencabut roh manusia."
Maka khuatirlah Izrail kerana bimbang akan dibenci oleh umat manusia.
Lalu Allah berfirman lagi : "Tidak, mereka tidak akan memusuhi kamu. Aku
yang mengaturnya dan Aku jadikan kematian mereka itu bersebab antaranya
terbunuh, terbakar, sakit dan sebagainya.
JENIS TANAH YANG DIGUNAKAN:-
1. Tanah tempat bakal berdirinya Baitul Muqaddis
2. Tanah Bukit Tursina
3. Tanah Iraq
4. Tanah Aden
5. Tanah Al-Kautsar
6. Tanah tempat bakal berdirinya Baitullah
7. Tanah Paris
8. Tanah Khurasan
9. Tanah(Babylon)
10.Tanah India
11.Tanah syurga
12.Tanah Tha'if
MENURUT IBNU ABBAS:-
1. Kepala Adam dari tanah Baitul-Muqaddis kerana disitulah berada otak
manusia dan disitulah tempatnya akal.
2. Telinganya dari tanah Bukit Thursina, kerana dia alat pendengar dan
tempat menerima nasihat.
3. Dahinya dari tanah Iraq,kerana disitu tempat sujud kepada Allah.
4. Mukanya dari tanah Aden, kerana disitu tempat berhias dan tempat
kecantikan.
5. Matanya dari tanah telaga Al-Kautsar, tempat menarik perhatian.
6. Giginya dari tanah Al-Kautsar, tempat memanis-manis.
7. Tangan kanannya dari tanah Kaabah, untuk mencari nafkah dan kerjasama
sesama manusia.
8. Tangan kirinya dari tanah Paris, tempat beristinjak.
9.Perutnya dari tanah Babylon. Disitulah tempat seks (berahi) dan tipudaya
syaitan untuk menjerumuskan manusia ke lembah dosa.
10. Tulangnya dari tanah Bukit Thursina, alat peneguh tubuh manusia.
11. Dua kakinya dari tanah India, tempat berdiri dan jalan.
12. Hatinya dari tanah syurga Firdaus, kerana disitulah iman, keyakinan,
ilmu, kemahuan dan sebagainya.
13. Lidahnya dari tanah Tha'if, tempat mengucap Syahadat, bersyukur dan
berdoakan kepada Tuhan.
PROSES KEJADIANNYA:-
1. Ketika Allah jadikan Adam,tanah itu dicampur dengan air tawar, air
masin, air hanyir, angin dan api. Kemudian Allah resapkan Nur(cahaya)
kebenaran dalam diri Adam dengan berbagai macam "sifat".
2. Lalu tubuh Adam itu digenggam dengan genggaman "Jabarut" kemudian
diletakkan didalam "Alam Malakut".
3. Sesungguhnya tanah yang akan dijadikan "tubuh Adam" adalah tanah
pilihan. Maka sebelum dijadikan patung, tanah itu dicampurkan dengan
rempah-rempah dan wangi-wangian dari sifat Nur sifat Allah dan dirasmikan
dengan air hujan "Barul Uluhiyah".
4. Kemudian tubuh itu dibenamkan didalam air "Kudral-Izzah-Nya" iaitu
sifat "Jalan dan Jammal". Lalu terciptalah tubuh Adam yang sempurna.
5. Demikian pula roh,ketika itu diperintah masuk kedalam tubuh Adam, ia
merasa malas dan enggan, lalu ia berputar-putar, mengelilingi patung Adam
yang terlantar. Kemudian Allah menyuruh malaikat Izrail untuk memaksa roh
itu masuk. Akhirnya mahu tidak mahu roh itupun masuk dan menyerah kepada
Izrail. Menurut riwayat ketika Adam masih berada di syurga,sangat baik
sekali kulitnya.Tidak seperti warna kulit manusia.Kerana Adam telah
diturunkan kedunia, terjadilah perubahan pada warna kulitnya.Sebagai
pengetahuan, yang masih tertinggal warnanya hanyalah pada kuku manusia.
Oleh itu, meskipun orang kulitnya hitam,tetapi warna kukunya adalah sama,
ialah putih kemerah-merahan. Dijadikan pada tubuh Adam ada sembilan rongga
atau liang. Tujuh buah liang dikepala,dan dua buah liang di bawah badan
letaknya.
TUJUH BUAH LETAKNYA ADALAH:-
1. Di Kepala ialad Dua liang mata, Dua liang telinga, Dua liang hidung dan
sebuah liang mulut.
2. Dibawah ialah Sebuah liang kemaluan dan liang dubur. Dijadikan pula
lima buah pancaindera:
A. Mata alat penglihatan
B. Hidung alat penciuman
D. Mulut alat merasa manis, masin dan sebagainya.
E. Anggota tubuh lainya seperti kulit, telapak tangan, untuk merasa halus,
kasar dan sebagainya.
Setelah Roh masuk kedalam tubuh Adam, lalu roh itu masuk perlahan-lahan
sehingga ke kepalanya yang mengambil masa 200 tahun. Demikianlah Allah
memberi kekuatan pada Izrail untuk memasukkan roh ke dalam tubuh Adam.
Setelah roh meresap ke kepala Adam, maka terjadilah otak dan tersusunlah
urat-urat sarafnya dengan sempurna. Kemudian terjadilah matanya dan
seketika itu matanya terus terbuka melihat dan melirik kekiri, ke kanan
dan kebawah dimana pada masa itu bahagian badannya masih merupakan tanah
keras.
Dilihatnya kiri dan kanan para malaikat yang sedang menyaksikan kejadian
dia. Ketika itu dia telah dapat mendengar para malaikat mengucapkan tasbih
dengan suara yang merdu dan mengasyikkan. Kemudian ketika roh sampai
kehidungnya lalu ia bersin, serta mulutnya terbuka. Ketika itulah Allah
ajarkan padanya ucapan Alhamdulillah. Itulah ucapan Adam pertama kalinya
kehadrat Allah. Lalu Allah berkata "Yarhamukallah" yang membawa erti:
"Semoga engkau diberi rahmat Allah".
Oleh kerana itu jika seseorang itu bersin, menjadi sunat mengucap
"Alhamdulillah" dan orang yang mendengarnya disunatkan pula mengucapkan
"Yarhamukallah". Kemudian ketika roh sampai pada dadanya, tiba-tiba saja
ia mahu bangun. Padahal sebahagian bawah badannya masih tanah dan keras.
Disini menunjukkan sifat manusia yang suka tergesa-gesa (tidak sabar).
Sebagaimana firman Allah SWT bermaksud: "Dan adalah manusia itu suka
tergesa-gesa".(Al-Israk:II)
Maka ketika roh itu sampai dibahagian perutnya,maka terjadilah susunan
isi perut dengan sempurna. Maka seketika itu terasalah lapar. Kemudian
terus roh itu meresap sampai ke seluruh tubuh, tangan, kaki lalu terjadi
darah daging dan tulang. Urat-urat berkulit dengan sempurna,yang mana
kulit itu kian lama kian cantik dan halus.
Begitulah proses kejadian-kejadian tubuh Adam. Setelah kejadian Adam
sempurna sebagai manusia, maka dialah merupakan makhluk manusia yang
pertama. Wajahnya cukup cantik,semua malaikat berasa kagum melihat Adam
yang begitu menawan. Kemudian Adam diarak oleh malaikat-malaikat selama
100 tahun lalu diperkenalkan kepada seluruh penghuni dari langit pertama
hinggalah kelangit tujuh sebelum dibawa ke Syurga tempat mula-mula Adam
dijadikan."

Wallahualam...

1 comment:

Hanys Jehari said...

sangat-sangat menginsafkan. entah. saya tak tahu nak gambarkan apa kejadian ni. yela, mengeahui macam amna ADAM, bapa segala manusia dicipta. macam mana start nya kita menyebut alhamdulilah bila terbersin. so interesting


ShoutMix chat widget